Cerita Sang Pengembara
Monday, 20 July 2020
44 hari sebelum lahirnya NEW ME ISLIYANA
Monday, 29 June 2020
Amoora & Tekanan Darah
Tuesday, 10 March 2020
Tiada Satu Kebetulan Melainkan Suratan
Saturday, 5 January 2019
Diari wean off @ sapeh Hani
Offically "sapeh" insya Allah.
Allah. Allah. Allah.
Syukurrrr sangat2 ya Allah.
Mudahhhh je rupanya sapeh Hani ni ya Allah.
Kalau ikutkan, sekaliii je dia mengamuk nak bf dalam fasa Cikis betul2 tegel nak sapeh dia.
2.1.19 malam. Sebab masa 1.1.19 Cikis tak berjaya sapeh dia.
Lepas dia nangis nangis nangis mengamuk merayu semua akhirnya dia menang!
Dia dpt jugak bf sekali mlm tu.
So next day Cikis ikhtiar lagi. Tapi guna cara berbeza. Cara ni tak boleh cerita public, ni metod rahsia mak2 saja. Kalau nak tau kena pm😎 sensored
Selain metod rahsia, Cikis main psikologi & penyerahan total kepada Allah yg Maha Esa.
Maasya Allah, bila kita percaya ada KUASA TERRRRRSANGAT HEBAT boleh tolong kita, Allah hadiahkan pertolongan tu sepantas kilat!
Macam cerita budak2 kartun the flash tu.
Tp ni laaagi hebat!
Sebab takde superhero the flash sebaliknya melalui perantaraan persekitaran kita.
Maasya Allah Tabarakallah.
Nak dijadikan cerita, 3.1.2019 kan hari sekolah. Cikis rasa peeenat sangat. So malam tu, Cikis bgtau suami, I nak tido awal boleh? Rasa penatlah.
Dia pun kata ok, tidolah.
So, Cikis tido dengan aman damai. Tak sedar diri oiii. Terjaga pukul berapa pagi ntah cari mana Hani? Dah landing lenaaaa kat sebelah.
Rupanya, suami Cikis tidokan dia.
See? Pertolongan Allah hadir sepantas kilat!😭
Tq Allah. Tq Allah.
Ok, esoknya kat rumah nek wan pulak, dia mencari atok. Kalau tahun lepas dia menangis mengamuk nak bf waktu tengahari sampai habis akal dah nak pujuk melainkan bawak ke sekolah dan bfkan dia, tp sekarang dah tak!
Dia nak atok. Tido di bahu atok.
See? Pertolongan Allah datang lagi.
Tq Allah. Tq Allah.😭
3-5.1.2019 perjalanan sapeh dia pun senang. Dia langsung tak mintak. Malam2 kami bawak pusing2 naik kereta dan dia baring kat badan Cikis, pejam mata & lena.
Siang pun tido sendiri. Dia barinh, pejam mata & lena. Tak payah dodoi pun.
Maaasya Allah! Mudahhhh sangat kannn?
Bezaaa sgt dengan sebelum ni.
Sebelum ni bila Cikis cuba sapeh dia, laaagi dia melekat dan manja. Sampai tahap Cikis nak buang air besar pun bawak dia masuk tandas.😂
Masa tu Cikis ego. Cikis rasa Cikis boleh buat sendiri. Sebab dh pengalaman sapeh Hadif dlu.
Kemudian bila dia mengamuk2 Cikis rasa marah! Rasa nak salahkan semua orang sbb tak tolong Cikis.
Padahal, kita kan ada Allah yang Maha berkuasa. Nak apa saja mintak!
Dan selepas Allah menegur Cikis melalui bicara hati ke hati dlm team AMOORA bersama kak Hida Rani, kak Puan Zariah & kak Azua Eida. Baaarulah Cikis sedar, bahawa Cikis lupa diri. Lupa kita ni cuma hamba. Ego menggung tak bawak ke mana. Malah lebih terseksa.😭
Sebab tu Allah berikan ujian biar Cikis cariiii balik Allah. Dan, sebenarnya anak2 ni mempunyai naluri yg saaangat hebat! Esp Hani. Kalau Cikis stress, pasti dia stress & meragam. Benda takde salah punnn boleh salah di mata dia.
Dan inilah dugaan Cikis masa nak sapeh dia.
Walaupun Cikis solat doa dgn Allah mintak mudahkan urusan sapeh Hani, tapi mintak sekadar lisan tanpa rendah diri, memang Allah tak bagi pertolongan.
Macam kitalah, org mintak tolong dengan kita tapi buat muka kerekkk. Ada kita nak tolong?
Umpamanya macam tu lah. Tapi Allah saaangat baik! Sebab tu dia tegur Cikis.
Bila Cikis cool down, let go. Buang ego campak batang Rajang. Allahu senang jeee rupanya!
Sehari saja. Selepas Cikis "ditegur" dengan Allah. Cikis berdoa dengan penuh rasa rendah hati minyak Allaj mudahkan.
Kemudian Cikis ajarkan Hani & Hadif adab berdoa sebelum makan AMOORA, kami sama2 makan AMOORA, alhamdulillah!
Lembuttttt hati anak2 esp Hani.
Senang gilerrr weh. Macam tak percaya.
Sehariiii je Hani dah redha bahawa dia dah besar dan tak perlu bf lagi.
Dah takde mengamuk lagi.
Dah takde berdukungggg sentiasa.
Dah takde episod buang air besar bawak anak.😂
Ya Allah, syukurrr sangat.
ASBAB PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH
ASBAB AMOORA
ASBAB METOD RAHSIA
Mudahhh sangat sapeh Hani.
Syukurrr Alhamdulillah.
Tq Allah.
I Love You Allah.
#Cikis_Amoora
#Cekelat_Amoora
#Pelbagai_Khasiat
Tuesday, 24 May 2016
BABY SONGSANG?
PETUA MEMUSINGKAN BABY SONGSANG
Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli ala Muhammad..
Entah kenapa...
Lately is rasa nak berkongsi PETUA / AMALAN yang is buat dalam masa 24JAM untuk MEMPERBAIKI KEDUDUKAN BAYI SONGSANG.
Kalau yang belum tahu, kandungan kedua is tiada sebarang masalah dan baby dah berpusing (cephalic)sejak 36w..
Tapi tiba2 Allah nak uji is, masa 38w, kedudukan baby songsang (breech)..
Masa tu jam 10 pagi..
Disebabkan kemudahan dan bilangan doktor pakar terhad di Hospital Kapit, 2 orang doktor sarankan is bersalin secara pembedahan..
Masa tu is rasa macam dah gelap dunia ni..
Punah harapan is utk VBAC..
Tapi Allah kurniakan ilham utk mintak tempoh dan berbincang dahulu sgn suami..
Dan bila is utarakan permintaan itu, doktor setuju..
Tapi pukul 12 kejap lagi, u admit ward..
Kad pink u kami pegang..ujar doktor pakar berbangsa Cina sambil tersenyum..
Is akur..hasil perbincangan kami bertiga iaitu is dan 2 orang doktor yang mana 1 org daripada doktor tersebut adalah doktor pakar di Hospital Kapit, is diberi 3 pilihan iaitu;
1. Pembedahan pilihan pada petang ini (25.4.16) atau esok tengahari (26.4.16) jam 1 tengahari.
2. Dalam masa 24 jam, kita pantau kedudukan baby, once baby berpusing (cephalic) kita induced..Masuk ubat utk push baby keluar.
3. Pembedahan jam 1 tengahari jika baby masih tidak berpusing.
Pilihan is?
Sudah tentu yang kedua!
Tapi is hanya ada masa 24 jam!
Sempatkah?
Nak berurut?
Tidak berpeluang!
Apa yang is buat?
Haaa...ni lah rahsia yang is nak bongkarkan..
1. Pasakkan keimanan bahawa Allah Maha Hebat!
Kalau yang non Muslim, percaya pada kuasa tuhan kamu..
Bumi yang luas ini Allah mampu terbalikkan..inikan pula baby yang kecil di dalam rahim kita.
Saaaangat mudah!
2. Banyakkan bersujud atau menonggeng. Is buat kat surau sbb malu..hihi
3. Banyakkan berdoa dan bercakap dengan baby dan usap perut dari atas ke bawah..
Then angkat tangan dan ulang lagi..
Jgn usap pusing2 plak..
Tu yang baby suka pusing2...
4. Minumlah VCO..minyak kelapa dara dan niat supaya dipermudahkan bersalin.. is tunggang je VCO Jamu Bidan..
5. Percayalah bahawa ini bukan takdir tp satu perjalanan utk perjuangan kita...
So keep positif..
Thanks coach Azamila Marni..
Ayat2 coach menjadikan saya tenang menghadapi ujian ini..
6. Ingat kembali amalan paaaling baik dan kebaboom yang kita pernah buat..
Kemudian mintaklah dgn Allah..
Berikanlah yang terbaik dgn asbab aku pernah membuat kebaikan ini..
Cthnya kita pernah bersedekah dgn org yang betul2 susah,tak kenal kita dan kita mintak dia doakan kita mudah bersalin..
Petua ni coach Naemah Abu Kassim yang ajarkan is..
Ya Allah...berkati hidup coach...
7. Mintak doa dari ibu bapa kita, mertua, suami, anak2 dan sahabat kita..
Dan masya Allah..
semua keluarga dan sahabat is saaangat supportive!
Siap tolong bayangkan yang is akan bersalin normal..
masya Allah..thanks kak Ieda Rani..
Belahan jiwaku.. tak lama lagi dirimu pula akan berjuang!
Semoga dipermudahkan segalannya..
8. Teruskan amalan membaca surah maryam..
9. Enjoy the moments..jangan rasa sedih atau bersalah...
Macam is, kat dalam ward tu semua iban..tapi bantai je cakap mcm ayam dan itik..
Hihi..seronok tau...
10. Doakan rakan2 ibu yang lain agar mereka mudah bersalin..
Walaupun berbeza agama dan bangsa..
11. Mudahkan tugas nurse dan doktor..jangan banyak songeh ye..
Senyummmm je..
Insya Allah!
#babyJamuBidan
#unstabalizebaby
Friday, 18 March 2016
SLS, SLES dan buih sabun?
Apa itu SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) &SODIUM LAURETH SULFATE (SLES)??
Haaa...meh is nak sharing sikit..
SLS atau SLES ni sebenarnya ada je dekat sekeliling kita.
Selagi mana kita mandi bersabun, bersyampu, cuci muka dan lain-lain perkara yang melibatkan 'buih', selagi itulah kita bermain dengan SLS atau SLES.
Ala..kita selalu beli sabun atau alatan mandian bukannya kita teliti kandungan dia kan?
Yang penting kita tengok dekat iklan sabun ni bagus, jenama dah terkenal, harga sesuai dengan poket kita, wangi dan banyak buih.
Kalau tiada buih macam tak puas!
Betul tak?
Please...
Tukar prinsip ni..
Tengok apa kandungan dalam produk yang kita beli dan pakai hari-hari..
Bahan kimia yang terkandung di dalam produk yang kita pakai hari-hari boleh menberi kesan buruk pada kesihatan kita dalam jangka masa panjang.
Please sayangi diri kita.
Antara bahan kimia yang sering digunakan di dalam bahan mandian atau sabun-sabun lain adalah SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) dan SODIUM LAURETH SULFATE (SLES).. Cuba check bahan kimia ini terdapat di dalam bahan mandian atau sabun kita kat rumah.
Dah check?? Ada ?? Mesti laa ade... Mustahil tak ade sebab bahan ini digunakan untuk menghasilkan buih.
Sesetengah orang kalau basuh baju nak buih menimbun..
Kalau tiada buih tak puas katanya..macam tak bersih!
Kalau pakai mandian atau syampu pun nak yang berbuih banyak.
Kalau jenis tak berbuih, habis setwngah botol dikerjakan supaya keluar buih.
Ye tak?
Haaa...senyum-senyum, betullah tu!
Tak mengapalah! Itu masa kita belum tahu..
Sekarang dah tahu, janganlah pegang prinsip tu.
Buih2 yang banyak ni asal kejadiannya dari SLS atau SLES..
Sejenis bahan kimia tau!
SLS & SLES adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit.
Sebab tu kadang2 ada sesetengah bayi alah pada sabun mandi atau sabun cuci baju.
Badan dia jadi ruam.
Perasan tak?
Hurm...
Tapi kenapa penggunaannya masih meluas?
Ini kerana penggunaan dua bahan ini adalah murah dari segi kos... Kalau perasan laa, produk-produk organik dan natural agak mahal harganya... Kosnya pun mahal... Jadi bahan-bahan sintetik digunakan supaya kita yang biasa-biasa ni dapat juga bersabun, bershampu dan yang pastinya pengeluar sabun-sabun dan shampu-shampu ini dapat mengaut keuntungan..
Apa kesan dari penggunaan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?
Kesan paling ketara ialah iritasi kulit.. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap ekzema.
SLS & SLES membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit.
Perasan tak kadang-kadang lepas bersabun atau guna pencuci muka, kulit rasa tegang saja...???
Tak pun muka jadi kering lepas gunakan sesuatu jenis pencuci muka?
SLS & SLES juga boleh memberi kesan kepada mata, kerana itu kita rasa pedih bila terkena sabun.. Kesan jangkamasa panjang ialah masalah mata seperti katarak...
SLS & SLES juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut... Sebab tu rambut kita setiap hari mesti ada yang gugur kan.. Bukan sikit-sikit kadang-kadang gerun tengok rambut banyak sangat yang gugur... Ini adalah kesan penggunaan SLS & SLES setiap hari tanpa kita sedari..
Yang lebih membimbangkan adalah SLS & SLES akan diserap oleh kulit pengguna... Apabila SLS & SLES sudah diserap oleh kulit, kesan utama adalah SLS & SLES akan berfungsi sama seperti hormon estrogen dalam badan manusia... Ini akan memberikan banyak kesan buruk terhadap kesihatan manusia seperti PMS dan simptom monopos. SLS & SLES juga akan mengurangkan kesuburan lelaki dan meningkatkan kebarangkalian penyakit kanser kepada kaum wanita seperti kanser payudara apabila tahap estrogen terlibat.
Nampak simple kan?
Buih saja pun..
Tapi kesan jangka panjang diaaa...
Ada yang kata, alaaaa...
Aku pakai dah bertahun ok jeee...
Macam is bagitahu tadi..
Kesan jangka masa panjang!
Ish...
Mintak jauhlah...
Taubat!
Tak nak pakai produk yang ada SLS atau SLES lagi-lagi untuk pencuci muka!
Sayang tau...kulit elok2 Allah bagi kita pinjam..
Kita sedap2 je kikis dan hakis!
Aduh! Tak nak lah!
Taubat dah..dulu is main pakai je pencuci muka..
Tengok iklan, model comel..is try..
Nanti boring tukar lain pulak..
Tapi is perasan la..
Muka is akan berminyak kat zon T..
Tapi pipi mengelupas..
Huhu..
Tapi sejak pakai LARRA CLEANSER...
Kulit muka is tak berminyak, lembutttt je!
Mmg best! Sebab Larra Cleanser bebas SLS atau SLES..
Masa cuci muka mmg takde buih tapi rasa bersih!
Ish..tak tau nak cerita mcm mana dia punya best..
Kalau nak tau, korang try sendiri!
Nak cuba LARRA yang best giler ni...
Wassap is 013 7476549
Thursday, 17 March 2016
iPhone 6SPlus FREE?
Korang...
Nak cuba tak..?
RM 20 je modal dia..
Berpeluang mendapat iPhone 6SPlus+Kredit RM500 FREE!
Ish...MLM apa pulak laaaa yg is nak cerita ni..?
Ops...bukan MLM laaa...
Ni kisah pengguna ke 1,000,000 simkad JIMAT ONEXOX la...
Korang tak nak ke..sekarang dah 9++,+++..
Tak jauh dah...
Ala..bukan mahal pun..simkad RM10+topup RM10..
Senang je!
Lepas tu kredit yang korang topup tu TAHAN 2TAHUN 4 BULAN tau!
Haaa...UNTUNG kan?
Jom lah! Daftar sekarang!
Wassap is 013 7476549