Segala apa yang kita perolehi hari ini bukan hanya mengenai diri kita tetapi dengan izinNya.
Aku punya sepasang anak2 yang comel dan menyejukkan hati, bukan atas usahaku tetapi mutlak ihsan Allah Taala.
Aku punya sedikit kelebihan berbicara, bukan kelebihan semata-mata tapi terkandung ujian di dalamnya kerana setiap apa yg aku tuturkan atau aku nukilkan akan dipersoalkan oleh Allah kelak.
Adakalanya aku rasa lebih baik aku diam. Tapi jiwa ini bergelojak untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat.
Adakalanya aku rasa baik aku menyendiri sepi. Tapi sungguh aku tak mampu. Aku tak mampu bila hati ini sepi kerana pakej diriku adalah insan yang suka berkawan.
Tapi fitrah ini juga ujian buatku. Jangan sampai aku melanggar batas.
Ya Allah, hanya padaMu aku mampu bermohon pimpinlah setiaplangkahku ya Allah. Aku takut azabMu.
Aku seorang pendosa yang mendambakan kasih sayangMu