Monday, 19 January 2015

Kemanisan iman....
Selama ni blajar rukun iman...
Mengajar rukun iman dgn murid2....
Hafal,ingat kesan beriman kpd rukun iman..baik rukun iman yg pertama sehingga yg ke6....
Tp belum merasai kemanisan rukun iman yg ke6...
Sehinggalah aku dipostingkan ke bumi Kapit!
Di tanah ini aku merasai kemanisan itu....
Ntah dari mana dtg kekuatan,ketabahan & kerinduan terhadap bumi ini....
Semuanya kerana 1 sebab!
Aku percaya dgn qadak & qadar Allah!
Aku percaya bhw Allah xkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka!
Terkenang minggu-minggu pertama di bumi Kapit ini... 

Andai aku tak punya iman..ntah apa yg aku lakukan.....
Mengembara ke Kapit tanpa seorang kenalan...
Rombongan kami hanya 2 kuntum bunga, manakala selebihnya si kumbang sahaja...
Melalui perjalanan yg panjang melebihi 12jam! bergerak dr rumah bonda seawal jam 2 pg & sampai di bumi Kapit lingkungan jam 4 ptg..penat!janggal!
Allah sebaik2 perancang!meski tiada kenalan...urusanku dipermudah!sangat mudah!
Minggu pertama di sini..aku takkan lupa!sesekali tidak lupa!berguling2 di atas jln raya!mujur tiada kereta melanggar kami!
Ya Allah..pada masa itu, hanya Allah tidak lekang di bibir....
Tp sekali lg Allah membuktikan kasih sayangnya! Allah hantarkan warga Kapit membantu kami...meski berlainan bangsa & agama...beliau tanpa kekok membantu membawa rakanku ke hospital...aku menunggang skuter tadi,mencari pam minyak & mencari hospital...
Ish...macam x percaya pun ada...bercakap sperti ayam itik, tetapi akhirnya aku temui jg hospital....
Semuanya kerana iman!semuanya kerana Allah!
Tanpa kusedari, kini sudah hampir 5 tahun aku di sini dan mungkin masih di sini...sampai bila?aku pun tiada jawapannya.....
ya Allah..sampaikan rinduku pd mereka....insan2yg bersamaku pd awal2 perjalananku di bumi Kapit ini..sesungguhnya aku rindu mereka...
Hari ini mereka semua telah pulang ke semenanjung....membina keluarga sakinah di sana....

No comments:

Post a Comment