Friday, 5 June 2015

Melamar Cinta Hakiki

Bismillahirahmanirrahim..
4 tahun lalu, lafaz sakinah AKU TERIMA NIKAHNYA telah terlafaz pada tarikh keramat 6 Jun 2011...
Antara percaya dan tidak, aku kini adalah seorang isteri kepada seorang jejaka MOHD GHADAFI...
Lalu syurgaku berpindah kini...
Fail peribadi dan tanggungan kepunyaanku berpindah bahu...
Bukan lagi digalas abah, tetapi sang suami...
Perasaanku bercampur baur...
Antara genbira dan terharu,lafaz itu masih terngiang2...
AKU TERIMA NIKAH ISLIYANA BINTI KAMBALI DENGAN MASKAHWINNYA 22.50 TUNAI...
Cintaku bertambah mekar lagi...
Allah...aku bersyukur, akhirnya aku diterima oleh seorang jejaka dengan seadanya...
Aku dan dia..
Biar kami di kelas yang sama, namun kami jarang bersua muka...
Inilah jodoh yang dianugerahkan Allah buat diriku...
Perkenalan singkat semasa menyiapkan laporan kajian tindakan telah membawa kami membina keluarga sakinah dan memburu cinta Ilahi...
Kami berkenalan dan menganyam cinta selepas akad lafaz sakinah..
Tarikh perkenalan antara 2 keluarga bertukar upacara pertunangan...
Tarikh perancangan untuk bertunang telah menjadikan kami halal hingga ke syurga Insya Allah..
Allah...syukur ya Allah atas nikmatmu ini...
Biarpun usia keluarga sakinah kami baru 4 tahun...
Namun aku bersyukur ya Allah...
Inilah nikmat terindah dalam hidupku...
Aku bahagia sekali...
Dia membimbingku dengan lembut...
Dia imam solatku...
Dia juga papa kepada benih cinta kami..
Allah...tidak terlafaz syukur di dada ini...
Hidupku sentiasa dihiasi bunga2 indah..
Tanpa ku sedari...
4 tahun kami bersama...
Suka duka..susah senang tetap bersama...
Hari ini buat kali pertama
Sesungguhnya aku sangat bertuah kerana jodoh ini pilihanMu buatku...
Jodoh ini tiba di saat aku sering merintih memohon padaMu...
Alhamdulillah...
Terima kasih Allah..
Buat suamiku...
Selamat ulangtahun pernikahan kita yang keempat...

2 comments: