Tuesday, 24 May 2016

BABY SONGSANG?

PETUA MEMUSINGKAN BABY SONGSANG
Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli ala Muhammad..
Entah kenapa...
Lately is rasa nak berkongsi PETUA / AMALAN yang is buat dalam masa 24JAM untuk MEMPERBAIKI KEDUDUKAN BAYI SONGSANG.

Kalau yang belum tahu, kandungan kedua is tiada sebarang masalah dan baby dah berpusing (cephalic)sejak 36w..
Tapi tiba2 Allah nak uji is, masa 38w, kedudukan baby songsang (breech)..
Masa tu jam 10 pagi..
Disebabkan kemudahan dan bilangan doktor pakar terhad di Hospital Kapit, 2 orang doktor sarankan is bersalin secara pembedahan..
Masa tu is rasa macam dah gelap dunia ni..
Punah harapan is utk VBAC..
Tapi Allah kurniakan ilham utk mintak tempoh dan berbincang dahulu sgn suami..
Dan bila is utarakan permintaan itu, doktor setuju..
Tapi pukul 12 kejap lagi, u admit ward..
Kad pink u kami pegang..ujar doktor pakar berbangsa Cina sambil tersenyum..

Is akur..hasil perbincangan kami bertiga iaitu is dan 2 orang doktor yang mana 1 org daripada doktor tersebut adalah doktor pakar di Hospital Kapit, is diberi 3 pilihan iaitu;
1. Pembedahan pilihan pada petang ini (25.4.16) atau esok tengahari (26.4.16) jam 1 tengahari.
2. Dalam masa 24 jam, kita pantau kedudukan baby, once baby berpusing (cephalic) kita induced..Masuk ubat utk push baby keluar.
3. Pembedahan jam 1 tengahari jika baby masih tidak berpusing.

Pilihan is?
Sudah tentu yang kedua!
Tapi is hanya ada masa 24 jam!
Sempatkah?
Nak berurut?
Tidak berpeluang!
Apa yang is buat?
Haaa...ni lah rahsia yang is nak bongkarkan..

1. Pasakkan keimanan bahawa Allah Maha Hebat!
Kalau yang non Muslim, percaya pada kuasa tuhan kamu..
Bumi yang luas ini Allah mampu terbalikkan..inikan pula baby yang kecil di dalam rahim kita.
Saaaangat mudah!
2. Banyakkan bersujud atau menonggeng. Is buat kat surau sbb malu..hihi
3. Banyakkan berdoa dan bercakap dengan baby dan usap perut dari atas ke bawah..
Then angkat tangan dan ulang lagi..
Jgn usap pusing2 plak..
Tu yang baby suka pusing2...
4. Minumlah VCO..minyak kelapa dara dan niat supaya dipermudahkan bersalin.. is tunggang je VCO Jamu Bidan..
5. Percayalah bahawa ini bukan takdir tp satu perjalanan utk perjuangan kita...
So keep positif..
Thanks coach Azamila Marni..
Ayat2 coach menjadikan saya tenang menghadapi ujian ini..
6. Ingat kembali amalan paaaling baik dan kebaboom yang kita pernah buat..
Kemudian mintaklah dgn Allah..
Berikanlah yang terbaik dgn asbab aku pernah membuat kebaikan ini..
Cthnya kita pernah bersedekah dgn org yang betul2 susah,tak kenal kita dan kita mintak dia doakan kita mudah bersalin..
Petua ni coach Naemah Abu Kassim yang ajarkan is..
Ya Allah...berkati hidup coach...
7. Mintak doa dari ibu bapa kita, mertua, suami, anak2 dan sahabat kita..
Dan masya Allah..
semua keluarga dan sahabat is saaangat supportive!
Siap tolong bayangkan yang is akan bersalin normal..
masya Allah..thanks kak Ieda Rani..
Belahan jiwaku.. tak lama lagi dirimu pula akan berjuang!
Semoga dipermudahkan segalannya..
8. Teruskan amalan membaca surah maryam..
9. Enjoy the moments..jangan rasa sedih atau bersalah...
Macam is, kat dalam ward tu semua iban..tapi bantai je cakap mcm ayam dan itik..
Hihi..seronok tau...
10. Doakan rakan2 ibu yang lain agar mereka mudah bersalin..
Walaupun berbeza agama dan bangsa..
11. Mudahkan tugas nurse dan doktor..jangan banyak songeh ye..
Senyummmm je..
Insya Allah!

#babyJamuBidan
#unstabalizebaby

Friday, 18 March 2016

SLS, SLES dan buih sabun?

Apa itu SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) &SODIUM LAURETH SULFATE (SLES)??

Haaa...meh is nak sharing sikit..
SLS atau SLES ni sebenarnya ada je dekat sekeliling kita.
Selagi mana kita mandi bersabun, bersyampu, cuci muka dan lain-lain perkara yang melibatkan 'buih', selagi itulah kita bermain dengan SLS atau SLES.
Ala..kita selalu beli sabun atau alatan mandian bukannya kita teliti kandungan dia kan?
Yang penting kita tengok dekat iklan sabun ni bagus, jenama dah terkenal, harga sesuai dengan poket kita, wangi dan banyak buih.
Kalau tiada buih macam tak puas!
Betul tak?
Please...
Tukar prinsip ni..
Tengok apa kandungan dalam produk yang kita beli dan pakai hari-hari..
Bahan kimia yang terkandung di dalam produk yang kita pakai hari-hari boleh menberi kesan buruk pada kesihatan kita dalam jangka masa panjang.
Please sayangi diri kita.

Antara bahan kimia yang sering digunakan di dalam bahan mandian atau sabun-sabun lain adalah SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) dan SODIUM LAURETH SULFATE (SLES).. Cuba check bahan kimia ini terdapat di dalam bahan mandian atau sabun kita kat rumah.

Dah check?? Ada ?? Mesti laa ade... Mustahil tak ade sebab bahan ini digunakan untuk menghasilkan buih.
Sesetengah orang kalau basuh baju nak buih menimbun..
Kalau tiada buih tak puas katanya..macam tak bersih!
Kalau pakai mandian atau syampu pun nak yang berbuih banyak.
Kalau jenis tak berbuih, habis setwngah botol dikerjakan supaya keluar buih.
Ye tak?
Haaa...senyum-senyum, betullah tu!
Tak mengapalah! Itu masa kita belum tahu..
Sekarang dah tahu, janganlah pegang prinsip tu.
Buih2 yang banyak ni asal kejadiannya dari SLS atau SLES..
Sejenis bahan kimia tau!

SLS & SLES adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit.
Sebab tu kadang2 ada sesetengah bayi alah pada sabun mandi atau sabun cuci baju.
Badan dia jadi ruam.
Perasan tak?
Hurm...

Tapi kenapa penggunaannya masih meluas?

Ini kerana penggunaan dua bahan ini adalah murah dari segi kos... Kalau perasan laa, produk-produk organik dan natural agak mahal harganya... Kosnya pun mahal... Jadi bahan-bahan sintetik digunakan supaya kita yang biasa-biasa ni dapat juga bersabun, bershampu dan yang pastinya pengeluar sabun-sabun dan shampu-shampu ini dapat mengaut keuntungan..

Apa kesan dari penggunaan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate? 

Kesan paling ketara ialah iritasi kulit.. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap ekzema.
SLS & SLES membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit.
Perasan tak kadang-kadang lepas bersabun atau guna pencuci muka, kulit rasa tegang saja...???
Tak pun muka jadi kering lepas gunakan sesuatu jenis pencuci muka?

SLS & SLES juga boleh memberi kesan kepada mata, kerana itu kita rasa pedih bila terkena sabun.. Kesan jangkamasa panjang ialah masalah mata seperti katarak... 

SLS & SLES juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut... Sebab tu rambut kita setiap hari mesti ada yang gugur kan.. Bukan sikit-sikit kadang-kadang gerun tengok rambut banyak sangat yang gugur... Ini adalah kesan penggunaan SLS & SLES setiap hari tanpa kita sedari..

Yang lebih membimbangkan adalah SLS & SLES akan diserap oleh kulit pengguna... Apabila SLS & SLES sudah diserap oleh kulit, kesan utama adalah SLS & SLES akan berfungsi sama seperti hormon estrogen dalam badan manusia... Ini akan memberikan banyak kesan buruk terhadap kesihatan manusia seperti PMS dan simptom monopos. SLS & SLES juga akan mengurangkan kesuburan lelaki dan meningkatkan kebarangkalian penyakit kanser kepada kaum wanita seperti kanser payudara apabila tahap estrogen terlibat.

Nampak simple kan?
Buih saja pun..
Tapi kesan jangka panjang diaaa...
Ada yang kata, alaaaa...
Aku pakai dah bertahun ok jeee...
Macam is bagitahu tadi..
Kesan jangka masa panjang!

Ish...
Mintak jauhlah...
Taubat!
Tak nak pakai produk yang ada SLS atau SLES lagi-lagi untuk pencuci muka!
Sayang tau...kulit elok2 Allah bagi kita pinjam..
Kita sedap2 je kikis dan hakis!
Aduh! Tak nak lah!
Taubat dah..dulu is main pakai je pencuci muka..
Tengok iklan, model comel..is try..
Nanti boring tukar lain pulak..
Tapi is perasan la..
Muka is akan berminyak kat zon T..
Tapi pipi mengelupas..
Huhu..
Tapi sejak pakai LARRA CLEANSER...
Kulit muka is tak berminyak, lembutttt je!
Mmg best! Sebab Larra Cleanser bebas SLS atau SLES..
Masa cuci muka mmg takde buih tapi rasa bersih!
Ish..tak tau nak cerita mcm mana dia punya best..
Kalau nak tau, korang try sendiri!
Nak cuba LARRA yang best giler ni...
Wassap is 013 7476549

Thursday, 17 March 2016

iPhone 6SPlus FREE?

Korang...
Nak cuba tak..?
RM 20 je modal dia..
Berpeluang mendapat iPhone 6SPlus+Kredit RM500 FREE!
Ish...MLM apa pulak laaaa yg is nak cerita ni..?
Ops...bukan MLM laaa...
Ni kisah pengguna ke 1,000,000 simkad JIMAT ONEXOX la...
Korang tak nak ke..sekarang dah 9++,+++..
Tak jauh dah...
Ala..bukan mahal pun..simkad RM10+topup RM10..
Senang je!
Lepas tu kredit yang korang topup tu TAHAN 2TAHUN 4 BULAN tau!
Haaa...UNTUNG kan?
Jom lah! Daftar sekarang!
Wassap is 013 7476549

Berperang Dengan Jerawat

Assalamualaikum..
Lama dah tak mencoret dalam diari online is..
Hurm... sebenarnya is MALU dan baru sahaja dapat meningkatkan SELF CONFIDENCE is bila is BERJAYA MEMERANGI JERAWAT di wajah is..
Yelah...Lasssttttt is ada JERAWAT masa is sekolah menengah..
Masuk maktab, Alhamdulillah muka is dah BERSIH & BEBAS JERAWAT!
Even masa is kahwin pun, mak andam puji kulit is..dan pakai mekap berjam2 pun muka STILL OK!
Tup2 lepas My Little son, Hadif genap 1 tahun..
Muka is diserang hendap oleh tentera JERAWAT!
Bukan 1 biji...Tapi baaaaanyak biji!
Mula dengan Dahi, then turun ke pipi...
Allah..
Malunya!
Masa tu is cuba macam2 produk...
Tapi yg BEBAS KIMIA BAHAYA ye!
Sehingga 2 tahun is masih belum berjaya memerangi tentera JERAWAT dari akar umbi..
Jerawat mengalah dan kemudian menyerang kembali..
Sehinggalah is POSITI PREGNANT 2nd baby...
Jerawat menyerang jugak...
Sampai kawan2 semua tegur..
Malu tau...
Lagi malu bila anak murid tegur..
Allah...
Mana nak letak muka ni?
Buat hati kering..malas nak layan...
Sehinggalah awal tahun ni...
Januari 2016, Allah jodohkan is dengan askar2 pembasmi JERAWAT sehingga Ke Akar Umbi...
LARRA POREFECTION!
Alhamdulillah...
Is pakai CLEANSER & ACNE SERUM je..
1st time pakai..
Ala, tak puaslah macam takde buih!
Tp BAGUS! Sebab TIADA SLS! Bahan kimia pembanyak buih yang boleh merosakkan kulit serta menjadi kanser dalam jangka masa panjang...
So is layankan saja...
Serum dia pulak TAK MELEKIT!
Laaaagi is suka!
Pakai seminggu..
JERAWAT KERING...
Pakai lagi 2 minggu, 3 minggu dan 4 minggu..
Wahhh..JERAWAT DAH MENYERAH KALAH!
Best betul!
Sekarang dah 3 bulan is bersama LARRA POREFECTION..
KULIT BERMINYAK tiada lagi!
LIANG PORI is pun semakin KECIK!
Masya Allah! Memang BEST SANGAT!
Untuk orang yang ada masalah JERAWAT & KULIT BERMINYAK memang is cadangkan pakai LARRA POREFECTION!
JIMAT plak tu...
Bila suami tengok kulit is..
Dia pun nak pakai jugak!
So sekarang kami suami isteri pengguna tegar LARRA POREFECTION!
Kalau korang nak ikhtiar perangi jerawat,
Biar is bantu...
Wassap is 013 7476549

Friday, 22 January 2016

Masalah keputihan

Ya Allah...
Dulu aku dibelenggu masalah keputihan...
Orang perempuan tau lah macam mana rasanya..
Masa zaman anak dara aku ingatkan tu benda normal..
Yelah cecair mazi yang keluar akibat keletihan.
So aku tak ambil peduli..
Kemudian bila dah berkahwin dan mengandung...
Masalah ini kian memburuk!
Malah boleh dikatakan bernanah apabila bermacam ubat dari doktor hospital aku gunakan..
Tapi hampa!
Malah semakin teruk..
Aku mencuba hygine wash keluaran x..
Malangnya aku berjumpa dengan seller bukannya PERUNDING..
Bila aku nyatakan masalahku kian memburuk..
Dia hanya menyatakan mungkin kulitku sensitif..
Itu sahaja!
Akhirnya aku hanya bertahan dengan air basuhan suam campuran sireh dan garam..
Sehinggalah kandunganku mencecah 9 bulan..
Allah..
Malu dan sedih bila kukenang!
Tapi aku tahu..pasti punya HIKMAH!
Dan selepas itu aku tekad mengkaji rawatan selamat buat masalah **putih**
dalam kalangan wanita, lebih2 lagi ibu mengandung!
Dan alhamdulillah..aku temui!
Di sini aku kongsikan beberapa tips buat tatapan kaum Hawa..
1. Hindari makanan bergula putih seperti kuih muih dan air manis.
2. Hindari yis kerana yis antara agen pembiakan yang berjaya.
3. Pastikan kawasan terbabit sentiasa bersih dan kering.
4. Amalkan pemakaian pantiliner kapas dan kerapkan penukarannya.
5. Amalkan herba seperti inai, kencur, manjakani dan lain2 herba yang membantu menyeimbangkan hormon wanita sperti jamu bidan.
6. Amalkan air cucian sireh dan garam suam.
7. Pilih hygine wash yang berasaskan herba dan tanpa sabun seperti gel v dara.

Untuk keterangan lebih lanjut secara percuma..
boleh saja pm @ wassap is 013 7476549

Wednesday, 20 January 2016

TIPS HAMIL DGN MUDAH

TIPS & PETUA BERGUNA UNTUK MEREKA YANG SEDANG BERIKHTIAR UNTUK HAMIL.

Cara Cepat Hamil
Mahu tahu cara cepat hamil? Saya yakin setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan zuriat sebagai penceria, penghibur & pelengkap dalam keluarga. Tetapi semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Segala-galanya adalah rahsia ALLAH S.W.T.

Namun pada mereka yang masih belum dikurniakan anak, jangan bersedih, anda masih boleh berusaha & berikhtiar dengan cara moden @ tradisional. ALLAH S.W.T juga menggalakkan setiap Hamba-NYA agar berusaha untuk mendaptkan sesuatu yang dihajati.

Disini saya kongsikan beberapa tips & petua yang berguna untuk anda amalkan.

1. JAGA PEMAKANAN & DIET ANDA

Ini cara cepat hamil yang pertama dan yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Nanti ada pula yang kata, “Aku gemuk pun boleh mengandung apa!”. Itu rezeki namanya.

Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Jangan pula melantak macam masa bujang dahulu. BMI itu penting, bukannya berat badan.

Bagaimana dengan supplement? Mesti selalu dengar tentang asid folik bukan? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan ‘folic acid‘ untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.

Cakap memang senang bukan? Namun, mahu melakukannya cukup payah. Kena amalkan beriadah dan bersukan untuk badan kekal cergas.

2. MAKAN VITAMIN

Cara cepat hamil yang kedua ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement. Badan perlukan nutrien. Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk hamil.

✔Vitamin E
✔Zinc
✔Copper
✔Panthothenic acid
✔Potassium
✔Vitamin A
✔Vitamin C
✔Vitamin D
✔Thiamin B6
✔Riboflavin
✔Niacin

Fuh, banyaknya kan? Kalau ada duit lebih, boleh beli di farmasi. Jika tidak, cari buah-buahan dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut. Untuk herba tradisional, boleh amalkan jamu seperti jamu bidan yang 100% herba dan dijamin selamat. Jangan makan sembarangan.

3. BERAT BADAN IDEAL

Mungkin ada yang kurang setuju. Siap ada yang kata, “Eleh, si peah (bukan nama sebenar) tu, gemuk je aku tengok. Tapi, tiap-tiap tahun sorang. Aku ni biasa-biasa je, tapi susahnya nak mengandung”. Benar, ia rezeki dari Allah. Namun tidak salah kita mencuba bukan? Lihat semula point yang nombor satu di atas.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight‘ atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘.

4. DETOX

Ini antara cara cepat hamil yang jarang kita dengar. Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dalam badan. Perlu diingat, jangan beli semberono sahaja, lebih-lebih lagi dari penjual Multi Level Marketing (MLM) yang mahu melariskan produk mereka sahaja.

Luangkan masa melawat farmasi berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar. Jumpa Pakar Diet untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita. Elakkan mendengar nasihat kawan-kawan dan percaya sepenuhnya.

5. LAKUKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN KERAP

Sudah bergelar suami isteri, apa nak malu? Bukannya orang lain, pasangan sendiri yang halal kan? Buangkan sikap malu ‘meminta‘. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.

6. KETAHUI WAKTU SUBUR DAN OVULASI

Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya di sini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan.

Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Jika ingin mengandung, kena belajar ilmu dan cara cepat hamil. Jangan main hentam keromo sahaja, dah selepas itu mengadu masih tidak hamil.

Untuk kira waktu subur, boleh guna Kalkulator Ovulasi. Google “Ovulation Calendar Tool” untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period’ untuk waktu yang tepat.

7. JUMPA DOKTOR PAKAR. CARI ‘gynaecologist’ YANG BERPENGALAMAN.

Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil? Atau sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan.

Biasanya doktor akan melakukan ‘health screening’ dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan ‘checkup‘ juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus.

8. PASTIKAN POSISI SEKS YANG BETUL

Jangan main-main. Ini bukan benda lucah. Sebenarnya, ini antara cara cepat hamil yang ramai orang buat tidak peduli. Kami tiada masa untuk bercerita perkara yang bukan-bukan. Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi bersetubuh adalah penting dalam memastikan isteri dapat cepat mengandung. Posisi apakah itu? Anda cubalah sendiri ya.

9. ELAKKAN TEKANAN

Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?

Bagi yang mengalami keguguran, pasti akan lebih tertekan. Berpantanglah dengan sebaiknya dan yakinlah pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.

10. JAUHI ROKOK

Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.

11. KURANGKAN KAFEIN

Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain.

Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahaja sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada.

Jika peminat tegar, ikut sahaja cara cepat hamil ini. Apa salahnya tinggalkan sementara?

12. BERDOA PADA ALLAH S.W.T

Cara cepat hamil ini adalah yang terakhir. Tips ini tiada di mana-mana artikel Bahasa Inggeris. Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah. Jika anda ada doa-doa untuk mudah hamil, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Harapan kami
Semoga cara cepat hamil yang kami kongsikan ini berguna untuk bakal-bakal ibu.

Andai ada sebarang kemusykilan..
Boleh wassap is 013 7476549

6 Masalah Wanita yang Perlu Diatasi Segera

6 MASALAH DALAMAN WANITA

1. Kerap membuang air kecil

Satu daripada tiga wanita yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal kencing ini dikategorikan masih muda iaitu bawah 35 tahun. Kebocoran kencing adalah sesuatu yang dianggap tidak normal dalam apa keadaan sekalipun jika anda telah dilatih untuk ke tandas.
Apa pun, berita baiknya terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk masalah ini. Kewajipannya terpulang kepada pesakit sendiri.

Jangan fikir doktor akan mengadili anda yang bukan-bukan. Malah, kemungkinan besar doktor tersebut boleh membantu. Anda hanya perlu mengadakan temu janji dan berjumpa doktor. Kemudian katakan dengan yakin: ‘‘Saya mengalami masalah kebocoran kencing (tidak dapat mengawal kencing atau kerap membuang air kecil).’’

Tip pengurusan yang anda pandai-pandai lakukan sendiri di rumah ada ketikanya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Misalnya, ada sesetengah wanita yang pundi kencingnya terlalu aktif ini mengambil keputusan untuk mengurangkan pengambilan cecair. Logiknya ada di situ tetapi apa yang anda tidak tahu adalah, tindakan itu sebenarnya akan meningkatkan keradangan pundi kencing dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.

Bilakah kekerapan membuang air kecil merupakan sesuatu yang normal? Jawapannya, menjelang tahun-tahun menopausal (putus haid). Dalam keadaan ini, ubat- ubatan tertentu, pengubahsuaian pemakanan dan senaman kegel(kemut) berupaya membantu menguatkan otot- otot yang mengawal pengeluaran air kencing.

Kencing yang terlalu kerap juga boleh menjadi tanda penyakit-penyakit lain yang memerlukan penilaian ataupun akibat kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang ambil.

2. Angin

Semua orang mempunyai angin di dalam badan mereka tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengakuinya. Mengakulah kepada doktor anda kerana angin selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Ia juga boleh dirawat dengan pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi-farmasi sahaja.

Ada beberapa punca lagi yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya setakat akibat memakan kekacang. Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa minum menggunakan straw boleh menyebabkan angin di dalam usus dan perut. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang mempunyai empat kelopak bunga seperti sawi.

3. Sindrom Usus Rengsa (IBS)

‘‘Gangguan ini mempamerkan gejala-gejala seperti sakit perut atau rasa tidak selesa di samping perubahan corak membuang air besar seperti sukar membuang air besar (sembelit) atau sebaliknya, terlalu kerap pula ke tandas (cirit-birit),’’ kata Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.

Pesakit IBS mungkin berasa malu kerana mereka berasa berbeza daripada orang normal lain tetapi hakikatnya, ia merupakan satu gangguan yang sangat biasa di kalangan wanita khususnya.

Sekali lagi, terdapat banyak maklumat serta rawatan yang boleh membantu menjadikan hidup anda lebih terurus. Malangnya, ramai wanita yang memilih untuk sengsara seorang diri sedangkan banyak lagi yang senasib dengan mereka sebenarnya.

4. Perpeluhan Melampau

Ramai wanita yang berasa malu apabila merembeskan peluh yang melampau banyaknya tidak kiralah sama ada ia keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Mestilah malu, bukan?
Masalah ini perlu diperiksa oleh seorang doktor. Terdapat preskripsi nyahpeluh yang boleh digunakan dan dalam kes-kes yang ekstrem, suntikan Botox juga boleh menjadi penyelesaian bagi merawat tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.

“Jika anda mendapati ada perbezaan dalam cara anda berpeluh atau ia menyusahkan sehingga anda tidak boleh melakukan aktiviti tertentu seperti orang lain ataupun ia menyebab kemurungan untuk menjalani kehidupan seharian, terdapat pilihan rawatan yang ada,’’ kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon.

Kesihatan pernah menyiarkan artikel berkenaan rawatan ETS iaitu pembedahan kelenjar saraf simpatektomi torasik endoskopi bagi mengatasi masalah peluh berlebihan yang luar biasa di institut berkenaan.

5. Alat Sulit Berbau

Masalah ini sy kira pastinya masalah yg paling memalukan bg setiap wanita yg telah berkahwin dan ia boleh membawa keretakan dalam rumahtangga jika tidak diatasi secepat mungkin.

Ini boleh menjadi tanda jangkitan tetapi tidak semestinya jangkitan yis, kata Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael.
‘‘Sesetengah wanita terlebih mengguna pakai krim yis yang dibeli di kaunter farmasi dan terlepas untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan tepat.

‘‘Sesetengahnya pula merasakan ia sekadar bau yang berbeza, tidak lebih dari itu. Keadaan ini boleh memberikan kesan terhadap imej tubuh atau perasaan mereka semasa melakukan hubungan kelamin,’’ katanya.

6. Lemah Syahwat

Wanita mungkin berasa terlalu segan untuk membawakan masalah kekurangan nafsu seks ini ke pengetahuan doktor tetapi ia sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada keseluruhan masalah yang ada.

‘‘Kekurangan libido mungkin disebabkan oleh masalah psikologi, biologi mahupun sosial. Jadi, ia memerlukan penyiasatan menyeluruh kesemua aspek bagi menentukan punca penyebabnya,’’ kata Pakar Sakit Tuan yang tidak asing lagi, Dr. Ismail Tambi.

Misalnya, seorang wanita mungkin terpaksa menjaga orang tuanya yang telah uzur dan banyak masanya diperuntukkan secara fizikal dan mental (emosi) sehinggakan tiada masa untuk seks (sosial).
‘‘Keinginan syahwat yang menurun mungkin ada kaitannya dengan kemurungan, kekhuatiran atau imej tubuh yang negatif (psikologi).

ingin merawat?mencegah??
pm inbox sy / wasap sy utk rundingan percuma

📱013-7476549
💋PRODUK JAMU BIDAN DIPERCAYAI RAMAI..

🌹PENAWAR MASALAH DALAMAN ANDA..
📢📢  CEPAT WASAP SY..NK TAU LBH LANJUT TTG INFO INI..

RAHIM KEMBANG / BENGKAK

assalamualaikum...
ada orang takkk...hihi..
Alhamdulillah..sejak is berkawan dengan bidan-bidan dan orang2 yang pakar tentang herba ni...
banyak ilmu is dapat...
lagi2 ilmu berkaitan kewanitaan!
jadi is tak nak la ilmu ni hilang...
so, is share la dalam blog is yang masih amatur ni...
korang tau tak...
RAHIM KEMBANG???
is mula2 dengar...is bayangkan rahim 'mengembang' masa pregnant..
tapi bukan rupanya...
dush!dush!dush! sekali salah da....malu jugak..tapi nak belajar punya pasal...
buat tak malu jee...sebab ni ilmu kewanitaan!
kita ni orang perempuan kan pemalu...
so lepas ni korang baca je....
dapat ilmu FREE!

APA ITU RAHIM KEMBANG???
Apakah yang dimaksudkan dengan “RAHIM KEMBANG?”
Kebanyakan wanita tak sedar yang rahim mereka kembang tapi kita boleh tengok apa tanda2nya..


Berikut adalah tanda-tanda rahim kembang:
– Banyak keputihan keluar daripada kemaluan
– Kemaluan berair
– Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah
– Perut selalu terasa kejang
– Period tidak menentu
– Perut buncit
– Sakit ketika melakukan hubungan dengan suami
– Tumit kaki sakit
– Kerap terkencing
– Keluar air daripada kemaluan setiap kali terbatuk/bersin



Siapa ada rasa2 macam ni...? jom teruskan baca...

Punca rahim kembang ialah:
– Kerap minum ais
– Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
– Apabila keguguran kandungan, wanita tidak berpantang dengan baik
– Tidak berpantang dengan sempurna selepas melahirkan anak


haaa... siapa suka minum ais...jaga-jagala... sayang rahim kita tau! kesian dia...kembang setaman...

Akibat daripada rahim kembang ini ialah suami tidak mendapat kenikmatan ketika bersama dengan isteri dan peluang untuk hamil juga rendah. 

haaaa???? biar betul????sedihnyaaa... uhuk-uhuk... maafkan sayang...
masa ni baru nak menangis... masa melantak ais kacang tak sedar diri...
masih belum terlamabat! Jom kita RAWAT RAHIM kita!
Jadi apa yang perlu dibuat jika doktor sahkan anda mempunyai rahim kembang?

Rawatan Rahim Kembang:
– Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
– Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki
– Ambil herba untuk memanaskan rahim
– Buat senaman kagel
– Buat senaman seperti “Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali”
– Pakai korset. Corset sebenarnya dapat meletakkan rahim di tempat yang betul. Sebab itu semasa dalam pantang digalakkan supaya memakai bengkung.
– Bertungku. Bagus untuk melancarkan darah & mengecutkan rahim yang kembang.


choopppp! makan herba? alamak! ulam pun jarang-jarang makan...
ni nak makan herba? Aduh....
Tapi is ada makan satu JAMU ni...
Memang BEST giler...
Suami pun PUJI!
Siap terasa macam gi kat bulan bintang gituh!

ops...malu...
tapi hari-hari mau...
hihi...
korang nak tau jamu apa?

Jom WASSAP IS 013-7476549

KURUS dengan OLES-OLES sahaja!

Wah... Pregnant kali ni badan is naik mendadak!
bulan pertama check up naik lebih 3kg dalam sebulan...
apa lagi... Minum air gula la kita...
uhuk-uhuk... Rasanya air gula tu....mak aih.. "SEDAP"!
Tapi Alhamdulilllah takde apa2..
gula is okay jeee... peace~

then bulan kedua check up...is bertekad la tak nak diet sikit kononnya..
tapi masih GAGAL....
aduh..berat is naik jugak lebih 1 kg...
sedangkan is masih dalam fasa mabuk dan sepatutnya trimester petama berat ibu boleh naik maksimum 500g saja sebulan!
Berat is naik 1.4 kg masa tu....
Frust lagi...huhu..
so is kena follow up 2 minggu sekali pulak...
tapi is tak pergi KK..
"pssssttt....jangan marah ye..sebab is kat kampung..travel Johor Kedah..so agak leceh nak menumpang klinik sana sini.."

Nak jadikan cerita...
Is tekad! is OLES2 SERUM KURUS SEJUK si SERUM PECAH LEMAK keluaran JAMU BIDAN!
sebenarnya is belikan untuk suami..
tapi biasalah suami is ni manja..kalau is tak tolong oles2 untuk dia...
hurmmm memang takdenya dia nak oles sendiri!
So is ambil dan oles2 serum tu kat bahagian PEHA, KAKI, LEHER dan PIPI!
haaa...buruk siku kan???
dah la tu..siap oles2 kat MUKA!
Wow! TAK PANAS ke?
haaaa...memang TAK PANAS weh....
Memang beza giler dengan Losyen Kurus yang is pernah try sebelum ni!
SERUM PECAH LEMAK keluaran JAMU BIDAN HQ ni memang BEST!
#TAK PANAS LANGSUNG!
#TAK MELEKIT!
#CEPAT MERESAP!
#WANGI!

dannnnn...korang nak tau...awal Januari baru ni check up is untuk bulan yang ke3...
isshhhh memang berdebar2 la is ni..sebab kan bulan Disember duduk kampung..
makan macam2 jangan cerita lah!
Durian, Nasi Daging, Kebab, Satay, Cendol... Habuan nak balik Kapit nanti tak dapat makan semua tu.. hihi.. :)
tapi yang TERHARUnya.....
ting..ting..ting....
BERAT is naik 1kg saja!!!!!!
YES!!!!
MISSION COMPLETE!
nurse kata...wahhh...cikgu....tahniah!
ni dah masuk trimester kedua..berat cikgu tak naik mendadak lagi...
jaga diet ye cikgu..
bulan depan kita timbang lagi ye...!
Jangan lebih 2 kg yeee....

dalam hati berbunga2 beb!
apa lagi..?
is memang JATUH CINTA giler dengan SERUM SEJUK CANTIK ni!
SERUM KURUS PERTAMA yang
SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG!

Korang yang sengkatan dengan is...
MAK BUYUNG LABU SAYUNG yang cute miut..
bolehlah ambil inisiatif ni...
ala..sambil dukung anak pun boleh!
oles2 saja...
senang giler beb! hihi...

rasanya cukup la dulu...
kalau korang rasa nak cuba...
boleh terus WASSAP IS 013 7476549 :)
nanti is tolong guide!
jangan lupa...
WASSAP IS 013 7476549
 


 

JAMU SEDAP

 
JAMU SEDAP!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Alahai..terasa lamanya tak berkongsi sesuatu kat sini..
Alhamdulillah pagi ni Allah bagi kesempatan untuk berkongsi sesuatu...

So hari ni khusus buat WANITA yang sedang mencari-cari suplement tradisional atau JAMU home made..
Nah! is bagi review tentang JAMU BIDAN!
Alhamdulillah is sendiri dah makan...
bagi is JAMU BIDAN takde rasa!
Sebab is telan saja!
Tapi sorang kawan is si dayah ni kata....
JAMU BIDAN SEDAP!
Dia siap KUNYAH lagi tau!
Untuk kaum WANITA yang tak suka rasa jamu..
JAMU BIDAN memang THE BEST!
kenapa?
sebab kalau orang yang badan di berangin, lepas makan jamu bidan ni, biasanya akan keluar angin pus pussss....
sendawa burrrrpppppppp panjang!
tapi yang bestnya TAKDE RASA!
Sesetengah jamu yang is pernah makan, bila sendawa jeeee.....
mesti terasa kelat2 jamu tu walaupun jamu tu jenis kapsul!
tapi JAMU BIDAN memeng TERBAIK!
SEDAP!
kalau korang tak percaya pun takpe..
tapi kalau korang nak cuba..
boleh je wassap is 013 7476549

Monday, 18 January 2016

Tips Hamil

#Tips Hamil#
1. Bekalkan diri anda dengan asid folic yang secukupnya bermula saat anda membuat keputusan utk hamil sehingga anda melahirkan..
Boleh diambil dalam bentuk suplemwnt atau yang lebih baik melalui sumber makanan semulajadi seperti bayam, brokoli atau cereal.

2. Mengamalkan pemakanan SEIMBANG.
Hidangan yang SEIMBANG dan IDEAL adalah 70% makanan MENTAH iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran & 30% makanan yang DIMASAK.

3. Mengamalkan gaya hidup yang SIHAT.
Amalkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari agar tubuh anda benar2 fit dan bersedia menempuh saat2 indah membawa seorang bayi ketika hamil nanti..
Selain itu, senaman juga menjadikan anda lebih cergas dan mengaktifkan hormon-hormon yang berkaitan kehamilan.

4. Hindari STRESS & TEKANAN
Seandainya anda dan pasangan telah lama berhasrat untuk mempunyai cahaya mata..
Tetapi masih belum tiba masanya..
Adalah lebih baik pergi bersiar2 atau honeymoon melepaskan tekanan sama ada tekanan si tempat kerja atau keadaan sekeliling..
Tidak perlu percutian yang mahal2..
Cukup sekadar percutian yang menenangkan dan penuh makna buat anda dan pasangan..
Hargailah pasangan anda dan bajailah cinta anda berdua..

5. Amalkan mengambil suplemen atau herba atau jamu yang membantu menyuburkan rahim anda..
Tetapi perlu diingat seandainya anda mempunyai sejarah penyakit kewanitaan seperti Cyst, Fibroid dan PCOS..
Seeloknya hindarkan suplement yang mengandungi bahan pengaktif sel2 tersebut seperti soya, kolagen dan pure lobata..
Buatlah pilihan yang tepat dan bijak!

6. Melakukan urutan..
Inisiatif ini juga penting buat anda dan pasangan..
Pilihlah tukang urut yang benar2 mahir dalam bidang mereka..
Bagi sang isteri, urutan yang dilakukan boleh membantu memperbaiki kedudukan rahim yang ideal selain membantu tubuh anda utk lebih relaks dan bersedia menerima kehadiran cahaya mata.

7. Lakukan pemeriksaan berkala..
Kebiasannya, bagi pasangan yang telah berkahwin melebih 2 tahun dan tinggal sebumbung digalakkan melakukan pemeriksaan kesuburan..
Namun seandainya tempoh perkahwinan anda di bawah 2 tahun atau anda tinggal berjauhan..
Bersabarlah..masanya akan tiba..

8. Fahami kitaran haidh anda..
Seandainya anda mempunyai kitaran haidh yang normal iaitu lingkungan 25-35 hari..
Usah risau..anda mampu menentukan waktu subur anda..

9. Hindari persekitaran yang berisiko seperti kawasan yang terdedah dengan bahan kimia seperti plumpum, ubat bius dan sinar x..
Berbincanglah dengan majikan anda..

10. Teruskan berdoa dan mengamalkan sedekah dengan penuh keikhlasan..
Insya Allah anda bakal m2miliki cahaya mata...

Cukup dulu 10..
nanti kita sambung lagi...

Dan kalau ada yang ingin mengamalkan jamu yang is amalkan sebelum mengandung 2nd baby..
Boleh wassap is 013 7476549
Jamu ni 100% herba dan sangat2 membantu menyelesaikan masalah wanita..

#Isliyana
#PerundingKesihatanBebasKimia
#MembantuKaumHawaMisiUtama

Saturday, 9 January 2016

Wanita & Cincin

Wanita lazimnya suka barang kemas kann?
Is pun sama..
Lagi-lagi CINCIN!
Yelah...masyarakat kita kata..cincin emas belah rotan tu tanda lamaran..
Betul tak?
Orang permpuan kalau dapat cincin lamaran tu..
Mak aih..dia punya feeling..
Macam naik ke bintang!
Tapi..
Sedar tak kita..
Lepas kita terima cincin emas belah rotan..
Kita pun akan bernikah dan berbakti pada suami dan keluarga..
Sampai kadang kita yang lemah lembut ni bertukar menjadi badang!
Lagi2 kalau yang PJJ..
Perkahwinan jarak jauh..
Semua kita buat sendiri...
Sampai lupa diri...
Akibatnya..
Nanti kita bakal dilamar oleh doktor..
Tapi bukan dengan cincin belah rotan emas..
Cincin untuk masukkan tombong..
Haaa?
Tombong?
Apa pulak lah tombong ni..
Bahasa mudahnya..
Tombong ni keadaan bila rahim kita terkeluar..
Nak masukkan balik..kenalah pakai cincin..
Aduh..ngerinya..
Tak nak lah..
Nak buat macam mana ye untuk elakkan daripada tombong?
Antara tips yang is dapat...
1. Hindari ais...
Sebab ais mengembangkan rahim..
2. Elakkan mengangkat benda berat..
3. Amalkan Jamu 100% herba..
Macam is..amalkan Jamu Bidan sebab paling mudah makan.. 100% herba..takde bau..takde rasa dan memang paaaling best untuk suami isteri..

Jamu bidan si hitam manis..
Suami sayang dan sangat romantis!

Saayang Jamu Bidan!
Kalau ada yang nak tau tentang Jamu Bidan..
Boleh wassap is 013 7476549